Pages

Monday, 14 May 2012

Drama Dalam Recording (Bahagian 1)

Assalamualaikum, ^ ^

Hehe...ni lah nsib manusia yg memegang status "Penganggur Separa Profesional"....sibuk memanjang...nak urus kat sana di sini...chewah...Bukannya apa, rindu sangat dengan blog tercinta ni.... Huhu.....Agak lama juga tidak update blog ni =,=

Okaylah...sambung citer..hihi

Tepat pada hari khamis bulan Januari ( i still have my problem in remembering date), saya pun berlepaslah ke Selangor....First time menyeberang laut menggunakan kapal tanpa adanya penjaga memang menakutkan...Sebenarnya ada juga peserta yang lebih tua tapi tetap ada kelainannya...Hehe....situasi ni untuk orang yang sentiasa melekat dengan keluarga...

Iklan Sebentar...hehe..betul apa... ^_^V

Setelah kitorang sampai kat LCCT, Abang Huzaimi iaitu pengurus bagi peserta Sejarawan Muda pun menunggu ketibaan kitorang..Kemudian, kami pun dibawa ke Asrama IPPTAR di Angkasapuri....( selama ni nampak kat TV sahaja)

Setelah kami diberikan penerangan mengenai program ini oleh penerbit program, apa lagi....Katil memanggil ma...Letih sangat waktu dalam perjalanan ......Time For Sleep.....

Sleep With Letter S In Front Of It

Jadi, disebabkan kesibukan yang memanjang..maka kisah saya akan menjadi cerita berepisod.....
Berjumpa lagi di kemudian hari, Insyaallah.....

Wasalam.... ENJOY ^ ^

Wednesday, 18 April 2012

Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian 6)

Assalamualaikum...(sambung citer)...

Dan tepat pada (hehe..dah lupa tarikhnya), tiba-tiba saya dapat panggilan daripada produksi sejarawan muda tu.Terus berdebar kencanglah jantung saya ni...Dalam hati ni memang tak putus-putus berdoa...Harap-harap dapat..Harap-harap dapat.....Amin.....

Kemudian, penerbit tu pun memulakan bicara...
"Fazirah, anda merupakan salah sorang peserta akhir TOP 20 bagi program ini, dan kami akan memilih 14 orang sahaja bagi menjayakan program tersebut.Keputusan sebenar akan dimaklumkan kepada anda tidak lama lagi.Sila tinggalkan nama penuh anda, alamat dengan e-mail sekali.TQ!"
#lebih kurang macam tu lah dia cakap..hehehe

Dan malam tu, saya tak dapat lelapkan mata.Rasa berdebar-debar tu tak nak hilang.Nak tak nak, kena terima juga keputusannya....Dan keesokannya, (kalau tak silap), "Fazirah, anda layak menjadi peserta akhir bagi Rancangan Realiti Sejarawan Muda...Sebarang maklumat akan diberitahu kepada anda kemudian.."

Subhanallah, Syukur Alhamdullilah..Tak sangka dapat mengatasi peserta yang lebih berkebolehan daripada saya.Syukur sangat...Rasa macam dalam mipi lah pulak..Tapi sebenarnya inilah realiti...Segala cabaran yang saya alami untuk ikut ujibakat tu nampaknya berbaloi..Tak rugi saya dapat lelah waktu tu..hehe


Akhirnya, awal bulan februari tu, saya pun terbang ke Selangor..(first time n sorang2x)....hehe..taklah sorang2x...ada lagi dua orang dari Sabah yang terpilih, tapi saya ni malu-malu kucing.So, dikira sorang-soranglah tu kan...Huhu...

Dan,ketika rakaman tu, macam-macam juga pengalaman yang saya dapat.Tak sabar berkongsi dengan korang semua....Tapi tak boleh lah sekaligus, sebab panjang sangat...Kalau dipendekkan macam tak best lah pulak..okaylah..See u soon...Insyaallah...

Salam ^ ^

Saturday, 14 April 2012

Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian5)

Assalamualaikum!

Hehehe..macam cerita novel lah plak kan, siap ada bahagian lagi. Tapi usah risau sebab kalau cerita saya ni tak menarik, korang 'skip' sahaja...Tapi bagi saya ni adalah salah satu pengalaman luar biasa saya.

Dan Kembali Kepada Cerita Yang Asal:


Maka, tibalah giliran saya untuk menyampaikan fakta sejarah.Saya ni jenis 'menghafal' kalau nak bercakap di hadapan khalayak ramai ni.Kalau 'spontan' memang  merapu jak lah..hehe..Kemudian, saya mulakan pembentangan saya dengan pendahaluan dan bla,bla,bla,bla, seterusnya penutup.


Dan apabila sampai kat perkataan 'Terima Kasih', semua juri yang ada tengok saya semacam.Alahai,,,,,,,ni mesti kes tak faham apa yang saya katakan sebentar tadi.Ya lah, saya ni bukannya biasa guna bahasa melayu formal..Ish3x....Hehe..
Kemudian sorang juri tu tanya saya, sama ada saya minat dengan subjek sejarah ataupun tidak.Jadi, saya pun berterus teranglah yang saya ni memang minat sangat subjek ni sejak tingkatan 1. Pernah sekali tu saya teringin sangat jadi ahli arkeologi, tapi setelah berfikir semasak-masaknya, nak jadi jurutera lah pulak..hehe...
Kemudian, sorang lagi juri tu beri komen yang memang saya tak sangka-sangka..Nak tahu apa dia??
Tak payah lah beritahu, hehe..tapi yang penting komen tu memang sangat positif.Akhirnya lega,sebab dah buat yang terbaik untuk saringan ni.Cuma, ada 1 aktiviti lagi yang kami perlu buat...Mengulas gambar peristiwa bersejarah di hadapan kamera....Habis.....Hehehe....dah penat sangat ni...Hari pun nak malam dah.Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan...Chewah...

Setelah, habis aktiviti tersebut, maka kami dikumpulkan kembali.Penerbit tu berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh peserta-peserta Sabah. HIDUP SABAH!!!!! (Semangat sikit)
Tapi, dorang buat kejutan.Nak tahu kejutannya....Treng Teng Teng


Haaa...terkejut tak???Saya lagi lah 'terkejut kucing'..hehe...Sebabnya,  nama peserta yang layak untuk terbang ke KL bagi sesi rakaman program ini tidak akan diumumkan pada hari tu juga...Mereka akan menghubungi sesiapa yang berjaya melalui telefon...Huh....hampa sikit sebab nak juga tahu siapa kah orang yang bertuah tu...Nak tahu kalau saya adalah di antara mereka???
Nanti kita sambung cerita, okay...Sebelum tu, saya nak kongsi gambar waktu ujibakat tersebut dijalankan...
Enjoy ^ ^












Salam..

Friday, 13 April 2012

Masuk TV???? HeHeHe...(Bahagian 4)

Assalamualaikum ^ ^ 

Mesti ramai yang tertanya, kenapa cerita saya ni panjang sangat...??HeHeHe...Sengaja nak cari publisiti....konon...Taklah....dah memang panjang ceritanya.....

Haaaa....Selepas jak ujian peringkat pertama tu, emak saya bawa kami semua 'jalan-jalan,cari makan' kat 1 Borneo...Keputusan peserta yang layak dinilai untuk peringkat ke 2 dijadualkan keluar pada jam 2 petang. Jadi, apalagi, kitorang makan lah sepuas-puasnya terlebih dahulu ( gastrik saya muncul tau waktu tu).

Tepat jam 2 petang, kami pun kembali ke tempat ujibakat tersebut.Apalagi, berdebar sangat tau jantung ni.Untuk pengetahuan korang, saya tawakal jak waktu, sebab seperti yang saya ceritakan sebelum ni 'Tembak' jak jawapan tu... ^ ^


Eee....gerun juga kalau tak terpilih untuk saringan ke 2 tu..Mana taknya,dahlah  kami datang dari kawasan yang jauh,pastu naik lelah kami mencari tempat ujibakat tu. Memang hancur kalau saya tak terpilih.Dan tepat pada waktu yang dinantikan, saya pun duduk sorang-sorang kat bilik audition tu bersama peserta yang lain. Setelah satu persatu nama disebut akhirnya tiba giliran saya. Norfazirah Khan Binti Rahman layak untuk ujibakat saringan ke 2....YAHOOOO!!!!!!!!! Ops...Silap...hehe 'Alhamdullilah, Syukur Ke Hadrat Illahi'.


Kalau saya muka tak tahu malu memang nak sangat lonjak macam tu, tapi 'control' sikit..hehe..Baru lulus saringan yang pertama..Banyak lagi halangan yang saya perlu tempuhi. Setelah nama peserta yang layak untuk diujibakat di peringkat seterusnya diumumkan, kami pun ( peserta) diberi taklimat untuk ujian seterusnya.Ujian seterusnya ialah penyampain fakta dihadapan 3 orang juri.Kami diberi masa selama 5 minit untuk membentangkan segala isi. Jadi saya pun pilih tajuk 'Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia' sebab tajuk ni memang 'Top' waktu kami belajar dahulu.Memandangkan saya peserta akhir, jadi saya mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan segala isi bagi dibentangkan kat hadapan juri.Saya tak ada masalah untuk berhadapan dengan orang ramai sebab selalu juga jadi wakil sekolah dalam syarahan, bahas dan juga forum.Tapi perkara yang memang tak pernah lari daripada saya ni 'Gabra'.Asal jak nak bercakap dengan orang ramai, mesti naik gementar..ish..entah apa ubat untuk penyakit tu ek..hehehe..

Okaylah sebab dah kekeringan idea nak tulis apa lagi, jadi saya sambung balik macam biasa.....

'TO BE CONTINUED'

Wednesday, 11 April 2012

Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian3)

Assalamulaikum semua...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bahagian 3....Tu lah..saya dah cakap... cerita pengembaraan saya nak masuk TV ni memang panjang....

Baiklah, berbalik kepada cerita saya ni, kami sekeluarga pun tunggu lah kat luar bilik audition tu.Tahu, tak...waktu kami sampai kat tempat tu pihak penganjur belum ada. Jadi, terpaksalah kami menunggu selama dua jam ...Bayangkanlah kebosanan yang saya hadapi selama 2 jam tersebut... O.o

Haaaa...nampak..lebih kurang macam tu lah muka saya sebenarnya..hehe..Dan tidak lama kemudian, datanglah sekumpulan krew-krew penerbitan dengan segala perkakasan rakaman..Oh ya, ujibakat kali ni dirakam tau...hehehe..Tapi, yang paling menggentarkan saya ialah barisan 'Proffesor' dan juga merangkap juri bagi ujibakat ni....Bukan calang-calang tau juri audition ni..Mereka ni memang pakar dalam sejarah..Sesiapa yang berani menyimpangkan fakta Sejarah..Siaplah...Napa??? Takut???...Hehe..saya lagi takut...Sebab kalau saya nervous, datanglah segala macam imginasi tu..huhu

Waktu krew penerbitan tu tiba, barulah datang segerombolan peserta ujibakat ni. Sewaktu kami sampai kat sini tak nampak pula dorang semua...Hmmm...Tambahlah menggeletar segala jiwa dan raga saya. Ya Allah.....Berikanlah kekuatan hamba-Mu ini......Mana taknya,saya sorang sahaja peserta paling muda dan yang lain tu semuanya siswa dan siswi yang sememangnya kepakaran dorang ialah Sejarah....Bayangkan..


Hehe...taklah seindah imaginasi SpongeBob..Malahan...Menyeramkan....Rasa nak menangis lagi..Tapi, Tahan....Jangan sampai terlepas..kami dah datang sejauh ni, takkan lepaskan peluang begitu sahaja..Bak kata orang melayu 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'..Sepanjang hari tu, benda tu sahaja bermain kat fikiran saya...Dan terima kasih juga buat rakan-rakan yg sms tak henti-henti..Korang memang 'terbaik'....sanggup buang duit untuk berikan sokongan untuk rakan korang ni...TERHARU......

Dan mulalah saat perjuangan..Sebelum tu, saya nak cerita sikit pasal format ujibakat tu.Peringkat pertama ialah ujian objektif,ala-ala jawab SPM gitu..soalan dia boleh tahan juga sebab tak keluar waktu SPM tahun tu...hehehe..Jadi,inisiatif yang saya ambil...TEMBAK SAHAJA, ^ ^

Oh ya, waktu ujian tu saya orang terakhir keluar dari bilik tu sebab saya memang tak pasti dengan jawapan yang saya berikan...Sesiapa yang 'top20' akan layak untuk ujibakat peringkat 2...

Korang nak tahu  kalau saya layak ataupun tidak???

Nantikan..Kisah selanjutnya, di Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian 4)

Sehingga berjumpa lagi...
Salam ^ ^

Sunday, 8 April 2012

Masuk Dalam TV???? HeHeHe(Bahagian2)

Setelah kami tiba di Fakulti Seni Visual, dengan penuh keyakinan emak saya pun bertanya kat siswi yang ada..."Dik, kat mana audition untuk Pertandingan Sejarawan Muda tu??". Dengan penuh kehairanan, kakak yang kat fakulti tu pun menjawab, "Setahu kami tak ada sebarang audition kat sini, tapi cuba tanyalah terlebih dahulu kat staf di pejabat awam tu.Dorang tahu kot tempat tu."

Dan penuh dengan pengharapan juga kami tebalkan muka masuk kat pejabat am tu.Tapi sayangnya staf kat pejabat tu tak tahu langsung mengenai ujibakat tu.Bayangkan perasaan saya waktu.Rasa macam nak menagis jak...huhu..sedih...Macam mana tak sedih.Kita dah belajar sejarah tingkatan 1 hingga tingkatan 5, tup..tup..tak ada...Tapi staf kat pejabat am tu tetap nak tolong kami.Hampir semua pensyarah kat fakulti tu dihubungi.Tapi sorang pun TAK TAHU.Kami sekeluarga pun hampir berputus asa.Tapi staf tu tetap cadangkan supaya kami ke fakulti Sains Sosial kerana subjek sejarah kan termasuk dalam aliran sains sosial.Emak saya berkata" Kalau kali ni kita tidak jumpa lagi tempat tu, kita balik jak lah."Sedihnya saya sewaktu emak saya cakap macam tu.
Kemudian, kami pun pergi ke Fakulti Sains Sosial.Alhamdullilah, Fakulti tu berdekatan sahaja dengan bangunan yang kami pergi sebentar tadi.Tapi sebenarnya, lelah saya dah datang menyerang waktu tu.Tapi hati ni tetap nak ikut audition tu .Walau apapun cabaran yang mendatang, tetap ku tempuhi jua...hehe (gimik jak tu). Sewaktu kami sampai kat bangunan tu, seperti biasa, kami menebalkan muka untuk bertanya.Nasib ada seorang siswa yang baik hati sanggup hubungi rakan-rakannya untuk bertanyakan tempat ujibakat tersebut.Sehinggakan dia hantar kami sekeluarga kat pintu tempat audition tersebut.Dan di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih kat abang tu.Walaupun ekspresi muka saya waktu tu macam nak telan orang..hehe...Tapi di hati ni gembira sangat sebab ada orang sudi tolong. Terima kasih ...... ^ ^

Setibanya kami kat sana, kelihatan 2 orang abang sedang bercerita.Saya tak pasti sama ada mereka ni peserta ataupun pensyarah kat fakulti ni.Saya tengok dorang ni masih muda,tapi abang baik hati tu panggil mereka dengan gelaran 'Prof'. Ish, tambahlah saya gementar..

Nak tahu kisah selanjutnya, pengalaman saya ni umpama pengembaraan untuk ke destinasi impian saya' Masuk TV'..hehe..dan seperti biasa.....



Friday, 6 April 2012

Masuk Dalam TV???? HeHeHe (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah semua,

Hehe..seperti biasa selepas bermati-matian memeras otak, maka terlintas kat fikiran saya untuk berkongsi pengalaman saya bersama korang semua.Kali ni pengalaman saya istimewa sikit sebab tak pernah terfikir dek akal...Nak tahu apa????.....Jeng..Jeng..Jeng...


Apa benda ni??? Takkan tak tahu...Ni televisyen lah cik adik ooii...hehe..Tapi apa kena mengena televisyen ni dengan kakak sorang ni??? Hehehe..bukannya apa, kakak akan masuk kat TV...! :)
Ish, nak masuk kat dalam TV pun nak bising-bising..Orang lain 'cool' jak...Hehe..tu orang lain bukannya kakak sorang ni..

Okaylah, beralih kepada topik kita yang sebenarnya, suatu hari saya terpandang akan iklan 'Pencarian Sejarawan Muda' kat TV2. Sebenarnya, seminggu sebelum tu, dah tamat peperiksaan SPM bagi aliran yang saya ambil...Jadi, saya pun terfikir, "Bagus kali aku ikut ni sementara tidak buat apa-apa...Tidak kisahlah dapat ataupun tidak yang penting aku cuba"(Monolog versi Sabahan)...Maka, 'hamba' sampaikanlah hajat tersebut kepada bonda yang tercinta...Dengan penuh semangat, bonda tercinta pun berkata "Pegilah kau..daripada kau tidak buat apa-apa...Tidak rugi juga kalau kau cuba..yang penting dapat pengalaman".

Keesokan harinya, saya sampaikan juga hajat saya dengan rakan-rakan yang lain....Tapi dorang semua tak nak ikut..Alasan mereka:

  • Era, saya tidak pandai sejarah lah..Ko jak lah yang ikut. Ko tu pandai.....(Lydia)
  • Eee...tidaklah saya ikut...Saya tidak tahu apa-apa pasal sejarah ni..Markah sejarah saya kat sekolah cukup-cukup makan jak. (Azzie)
  • Beku sudah otak aku Era, cukuplah waktu SPM tu...(Adeng)
  • (Jannah&Pazirah) No komen :(
Haa..tu lah alasan dorang.Tapi disebabkan semangat ingin mencuba tu ada, pergi sorang-sorang pun tak apa. Yang penting aku mencuba..Dan yang sangat mendorong saya untuk ikut pertandingan ni ialah 'Hadiah'!!!...Mak ooi...hadiahnya bukan setakat seribu atau dua ribu sahaja tapi sesiapa yang menjadi johan akan memiliki RM100 000..Kalah hadiah peserta bintang RTM..hehehe...

Dan pada hari ujibakat tersebut, saya terpaksa bertolak awal sebab ujibakat tu diadakan pada jam 9.00 pagi di UMS (menurut website dorang)..Tapi sewaktu dalam perjalanan tu memang sanagat gementar..Dahlah bertolak awal pagi (kabus masih ada tau), Pak cik saya lagi memandu macam kat Litar F1, dan memikirkan lagi peserta yang lain..SEJUK!!!!!

Kemudian, kami tibalah kat UMS dan pak cik saya pun berkata "Kat mana tempat ujibakat tu??"..Dan saya pun baru terfikir...Kat website dorang tak ada pula diberitahu tempat ujibakat tu berlangsung..Saya terus naik gelabah..Nasib baik emak saya ingatkan pasal nombor telefon penganjur pertandingan tu.Dengan penuh berharap saya pun hubungi nombor syarikat penerbitan rancangan tu..Setelah mencuba beberapa kali..HAMPA!!!....Tak ada orang menjawab panggilan...Haaa...Tambahlah saya gementar :(

Kemudian, kami cari solusi...Elok kiranya kami tanya kat siswa atau siswi yang sedang berjalan kaki tu..Mungkin dorang tahu kat mana tempat ujibakat tu...Emak saya juga yang bertanya..Kalau nak harapkan saya , sejam kemudian baru bersuara ( Malu )...Lalu kakak siswi yang baik hatipun berkata, "Kami pun tak sure juga sebab tak ada pula diberitahu kat kami...Tapi , cubalah pergi kat Fakulti Seni Visual sebab selalunya kalau ada event, dorang buat kat sana." Dengan semangat yang berkobar bercampur dengan perasaan gementar , kami pun pergilah juga kat fakulti tu....

Dan sekali lagi 'HAMPA'!!!!!!

Nak tahu kenapa??? Disebabkan cerita saya ni panjang lebar sangat maka akan...........


SALAM ^ ^