Assalamualaikum ^ ^
Mesti ramai yang tertanya, kenapa cerita saya ni panjang sangat...??HeHeHe...Sengaja nak cari publisiti....konon...Taklah....dah memang panjang ceritanya.....
Haaaa....Selepas jak ujian peringkat pertama tu, emak saya bawa kami semua 'jalan-jalan,cari makan' kat 1 Borneo...Keputusan peserta yang layak dinilai untuk peringkat ke 2 dijadualkan keluar pada jam 2 petang. Jadi, apalagi, kitorang makan lah sepuas-puasnya terlebih dahulu ( gastrik saya muncul tau waktu tu).
Tepat jam 2 petang, kami pun kembali ke tempat ujibakat tersebut.Apalagi, berdebar sangat tau jantung ni.Untuk pengetahuan korang, saya tawakal jak waktu, sebab seperti yang saya ceritakan sebelum ni 'Tembak' jak jawapan tu... ^ ^
Eee....gerun juga kalau tak terpilih untuk saringan ke 2 tu..Mana taknya,dahlah kami datang dari kawasan yang jauh,pastu naik lelah kami mencari tempat ujibakat tu. Memang hancur kalau saya tak terpilih.Dan tepat pada waktu yang dinantikan, saya pun duduk sorang-sorang kat bilik audition tu bersama peserta yang lain. Setelah satu persatu nama disebut akhirnya tiba giliran saya. Norfazirah Khan Binti Rahman layak untuk ujibakat saringan ke 2....YAHOOOO!!!!!!!!! Ops...Silap...hehe 'Alhamdullilah, Syukur Ke Hadrat Illahi'.
Kalau saya muka tak tahu malu memang nak sangat lonjak macam tu, tapi 'control' sikit..hehe..Baru lulus saringan yang pertama..Banyak lagi halangan yang saya perlu tempuhi. Setelah nama peserta yang layak untuk diujibakat di peringkat seterusnya diumumkan, kami pun ( peserta) diberi taklimat untuk ujian seterusnya.Ujian seterusnya ialah penyampain fakta dihadapan 3 orang juri.Kami diberi masa selama 5 minit untuk membentangkan segala isi. Jadi saya pun pilih tajuk 'Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia' sebab tajuk ni memang 'Top' waktu kami belajar dahulu.Memandangkan saya peserta akhir, jadi saya mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan segala isi bagi dibentangkan kat hadapan juri.Saya tak ada masalah untuk berhadapan dengan orang ramai sebab selalu juga jadi wakil sekolah dalam syarahan, bahas dan juga forum.Tapi perkara yang memang tak pernah lari daripada saya ni 'Gabra'.Asal jak nak bercakap dengan orang ramai, mesti naik gementar..ish..entah apa ubat untuk penyakit tu ek..hehehe..
Okaylah sebab dah kekeringan idea nak tulis apa lagi, jadi saya sambung balik macam biasa.....
0 comments:
Post a Comment