Pages

Friday, 6 April 2012

Jom, Kenali Rakan-Rakan Kesayangan Ku!

Assalamualaikum dan salam ukhuwah semua,

Selepas memikirkan sehari suntuk, rasanya ini topik yang paling sesuai untuk korang semua.

Baiklah, hari ni saya nak cerita pasal kawan-kawan saya pulak.Pertama sekali, saya nak cerita pasal kawan saya yang kiut-miut ni :)


Haaa....Amacam...Kiut tak..,Yang ini namanya Jannah,tapi saya selalu panggil 'Bibi' sebab dah memang tu nama dia sejak kami tadika lagi. Dia ni antara kawan yang paling lama dengan saya.Saya mula rapat dengan dia sejak kami sekolah rendah lagi.Memang dah kenal lamalah...hehe..Dia ni pendiam juga macam saya, tapi diam-diam pun ubi berisi...Nak tahu kenapa???Hehe..tu 'personal matter'..Pastu tu dia ni minat sangat dengan bintang sukan bola sepak negara kita, Muslim Ahmad..Tak sah kalau tak sebut nama Muslim dalam sehari..hehe..Biasalah, kalau kita minat seseorang,kan   :) Tapi saya bedoa moga dia dapat juga berjumpa dengan bintang pujaannya, Amiin...

Yang ni pulak kawan saya yang kedua,seorang yang sangat berani ..,
Okay, ini Lydia.Kkawan saya sorang ni  memang istimewa sikit.Nak tahu kenapa?? Dia ni taiko english kat sekolah. Kalau nak tanya apa-apa yang berkaitan bahasa inggeris memang dialah tok guru kami.Pastu dia ada peranan lain juga,hehe...pembekal novel tak berdaftar untuk kitorang..Nak baca novel? Haa...cari jak lah kawan kami ni..Kami sekawan memang minat sangat baca novel, sampaikan boleh katham 3 buah novel dalam sehari.Tapi kalau buku teks kat sekolah tu diberi ,memang setahun pun susah nak dihabiskan...Tu lah perangai kitorang..Tapi adik-adik yang masih bersekolah tu jangan lah ikut gaya kitorang ya... ^ ^

Dan ini pula rakan saya yang paling terakhir...Tak bermakna saya ni ada 3 orang rakan jak tapi dorang bertiga ni lah yang paling rapat dengan saya..Kawan saya sorang ni pulak cantik banget semenjak tamat Tingkatan 5...Dipersilakan...Pa...zi...rah.....p/s (bukan Fazirah okay),

Cantik kan..tu lah korang tak nak percaya..gerenti nanti malam ada yang tak nyenyak tidur..hehe..Gurau jak.Saya dah beritahu tadi kan, yang ini Pazirah.Masalah saya apabila bersama dengan dia terutama kat sekolah ialah nama kami. Beza nama kami hanyalah huruf kat depan tu..F dan P..Kalau kawan ataupun guru memanggil nama kami mesti kami berdua menoleh..ya lah..tak tahu mana satu yang dipanggil..hehe.Dia ni juga memang calon isteri mithali tau..hehe..siap 'promote' lah pulak.. Mana taknya, dahlah rajin , pandai masak lagi tu..Kalau kitorang yang lain..hehe..cukup makan jak lah jawabnya..

Dan kitorang ada satu 'group'. Setelah memikirkan fakta dan autanya maka tertubuhlah 'Qisdyhara Deanne'.
Tapi kalau kat sekolah terutamanya waktu subjek Biology semestinya kami dikenali dengan ' Jannah and the Gang'. Bukannya kumpulan samseng tau tapi kumpulan untuk pembentangan..Kami ni memang tak nak berpisah kalau soal pembentangan ni..Sebab utamanya ialah susah nak berkomunikasi dengan orang yang memang  tak rapat dengan kita langsung. Ini bukannya soal kawan atau tidak tapi dalam menyampaikan maklumat secara berkumpulan, kerjasama antara ahli tu memang penting....

Kemudian, kami ni selalu terasing kat kelas.Bukannya tak nak berkawan dengan orang lain tapi kami selesa dengan dunia kami iaitu 'Diam'. Nama jak diam, tapi kalau guru tak ada dalam kelas gerenti 'chit-chat' lah jawabnya. Dan seperti yang saya nyatakan sebelum ni, saya memang bersyukur sangat sebab dikurniakan dengan kawan yang sangat memahami saya dan juga bersedia menghulurkan tangan apabila saya memerlukan bantuan...Alhamdullilah..

#Mesti ada yang persoalkan kenapa Fazirah ni tak nak cerita pasal keluarga dia..Tapi atas dasar privasi, bukan semua cerita itu elok didengar..Yang penting korang faham cerita saya kat atas..Penat tau nak taip panjang-panjang..hehe..okaylah..tu sahaja untuk kali ni..Nanti nak post benda lain lah pulak..SALAM ^_^




0 comments:

Post a Comment