Pages

Sunday, 8 April 2012

Masuk Dalam TV???? HeHeHe(Bahagian2)

Setelah kami tiba di Fakulti Seni Visual, dengan penuh keyakinan emak saya pun bertanya kat siswi yang ada..."Dik, kat mana audition untuk Pertandingan Sejarawan Muda tu??". Dengan penuh kehairanan, kakak yang kat fakulti tu pun menjawab, "Setahu kami tak ada sebarang audition kat sini, tapi cuba tanyalah terlebih dahulu kat staf di pejabat awam tu.Dorang tahu kot tempat tu."

Dan penuh dengan pengharapan juga kami tebalkan muka masuk kat pejabat am tu.Tapi sayangnya staf kat pejabat tu tak tahu langsung mengenai ujibakat tu.Bayangkan perasaan saya waktu.Rasa macam nak menagis jak...huhu..sedih...Macam mana tak sedih.Kita dah belajar sejarah tingkatan 1 hingga tingkatan 5, tup..tup..tak ada...Tapi staf kat pejabat am tu tetap nak tolong kami.Hampir semua pensyarah kat fakulti tu dihubungi.Tapi sorang pun TAK TAHU.Kami sekeluarga pun hampir berputus asa.Tapi staf tu tetap cadangkan supaya kami ke fakulti Sains Sosial kerana subjek sejarah kan termasuk dalam aliran sains sosial.Emak saya berkata" Kalau kali ni kita tidak jumpa lagi tempat tu, kita balik jak lah."Sedihnya saya sewaktu emak saya cakap macam tu.
Kemudian, kami pun pergi ke Fakulti Sains Sosial.Alhamdullilah, Fakulti tu berdekatan sahaja dengan bangunan yang kami pergi sebentar tadi.Tapi sebenarnya, lelah saya dah datang menyerang waktu tu.Tapi hati ni tetap nak ikut audition tu .Walau apapun cabaran yang mendatang, tetap ku tempuhi jua...hehe (gimik jak tu). Sewaktu kami sampai kat bangunan tu, seperti biasa, kami menebalkan muka untuk bertanya.Nasib ada seorang siswa yang baik hati sanggup hubungi rakan-rakannya untuk bertanyakan tempat ujibakat tersebut.Sehinggakan dia hantar kami sekeluarga kat pintu tempat audition tersebut.Dan di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih kat abang tu.Walaupun ekspresi muka saya waktu tu macam nak telan orang..hehe...Tapi di hati ni gembira sangat sebab ada orang sudi tolong. Terima kasih ...... ^ ^

Setibanya kami kat sana, kelihatan 2 orang abang sedang bercerita.Saya tak pasti sama ada mereka ni peserta ataupun pensyarah kat fakulti ni.Saya tengok dorang ni masih muda,tapi abang baik hati tu panggil mereka dengan gelaran 'Prof'. Ish, tambahlah saya gementar..

Nak tahu kisah selanjutnya, pengalaman saya ni umpama pengembaraan untuk ke destinasi impian saya' Masuk TV'..hehe..dan seperti biasa.....



0 comments:

Post a Comment