Pages

Friday, 6 April 2012

Masuk Dalam TV???? HeHeHe (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah semua,

Hehe..seperti biasa selepas bermati-matian memeras otak, maka terlintas kat fikiran saya untuk berkongsi pengalaman saya bersama korang semua.Kali ni pengalaman saya istimewa sikit sebab tak pernah terfikir dek akal...Nak tahu apa????.....Jeng..Jeng..Jeng...


Apa benda ni??? Takkan tak tahu...Ni televisyen lah cik adik ooii...hehe..Tapi apa kena mengena televisyen ni dengan kakak sorang ni??? Hehehe..bukannya apa, kakak akan masuk kat TV...! :)
Ish, nak masuk kat dalam TV pun nak bising-bising..Orang lain 'cool' jak...Hehe..tu orang lain bukannya kakak sorang ni..

Okaylah, beralih kepada topik kita yang sebenarnya, suatu hari saya terpandang akan iklan 'Pencarian Sejarawan Muda' kat TV2. Sebenarnya, seminggu sebelum tu, dah tamat peperiksaan SPM bagi aliran yang saya ambil...Jadi, saya pun terfikir, "Bagus kali aku ikut ni sementara tidak buat apa-apa...Tidak kisahlah dapat ataupun tidak yang penting aku cuba"(Monolog versi Sabahan)...Maka, 'hamba' sampaikanlah hajat tersebut kepada bonda yang tercinta...Dengan penuh semangat, bonda tercinta pun berkata "Pegilah kau..daripada kau tidak buat apa-apa...Tidak rugi juga kalau kau cuba..yang penting dapat pengalaman".

Keesokan harinya, saya sampaikan juga hajat saya dengan rakan-rakan yang lain....Tapi dorang semua tak nak ikut..Alasan mereka:

  • Era, saya tidak pandai sejarah lah..Ko jak lah yang ikut. Ko tu pandai.....(Lydia)
  • Eee...tidaklah saya ikut...Saya tidak tahu apa-apa pasal sejarah ni..Markah sejarah saya kat sekolah cukup-cukup makan jak. (Azzie)
  • Beku sudah otak aku Era, cukuplah waktu SPM tu...(Adeng)
  • (Jannah&Pazirah) No komen :(
Haa..tu lah alasan dorang.Tapi disebabkan semangat ingin mencuba tu ada, pergi sorang-sorang pun tak apa. Yang penting aku mencuba..Dan yang sangat mendorong saya untuk ikut pertandingan ni ialah 'Hadiah'!!!...Mak ooi...hadiahnya bukan setakat seribu atau dua ribu sahaja tapi sesiapa yang menjadi johan akan memiliki RM100 000..Kalah hadiah peserta bintang RTM..hehehe...

Dan pada hari ujibakat tersebut, saya terpaksa bertolak awal sebab ujibakat tu diadakan pada jam 9.00 pagi di UMS (menurut website dorang)..Tapi sewaktu dalam perjalanan tu memang sanagat gementar..Dahlah bertolak awal pagi (kabus masih ada tau), Pak cik saya lagi memandu macam kat Litar F1, dan memikirkan lagi peserta yang lain..SEJUK!!!!!

Kemudian, kami tibalah kat UMS dan pak cik saya pun berkata "Kat mana tempat ujibakat tu??"..Dan saya pun baru terfikir...Kat website dorang tak ada pula diberitahu tempat ujibakat tu berlangsung..Saya terus naik gelabah..Nasib baik emak saya ingatkan pasal nombor telefon penganjur pertandingan tu.Dengan penuh berharap saya pun hubungi nombor syarikat penerbitan rancangan tu..Setelah mencuba beberapa kali..HAMPA!!!....Tak ada orang menjawab panggilan...Haaa...Tambahlah saya gementar :(

Kemudian, kami cari solusi...Elok kiranya kami tanya kat siswa atau siswi yang sedang berjalan kaki tu..Mungkin dorang tahu kat mana tempat ujibakat tu...Emak saya juga yang bertanya..Kalau nak harapkan saya , sejam kemudian baru bersuara ( Malu )...Lalu kakak siswi yang baik hatipun berkata, "Kami pun tak sure juga sebab tak ada pula diberitahu kat kami...Tapi , cubalah pergi kat Fakulti Seni Visual sebab selalunya kalau ada event, dorang buat kat sana." Dengan semangat yang berkobar bercampur dengan perasaan gementar , kami pun pergilah juga kat fakulti tu....

Dan sekali lagi 'HAMPA'!!!!!!

Nak tahu kenapa??? Disebabkan cerita saya ni panjang lebar sangat maka akan...........


SALAM ^ ^




0 comments:

Post a Comment