Pages

Wednesday, 4 April 2012

Salam Perkenalan !!!

 Assalamualaikum dan salam perkenalan semua ^ ^

Macam ni lah nasib orang yang baru buat blog...Tak tahu nak kongsi apa..Tapi apapun setiap perkara perlu ada mukadimahnya,bukan begitu??Ni nak cerita sikit pasal saya...Bak kata orang 'tak kenal maka tak tahu'.
Hehe..lebih kurang samalah tu.....Hidup di luar bandar sememangnya memberikan kesan terhadap pergaulan saya.Kat sini kami diajar untuk untuk menjaga tatasusila dan batas pergaulan antara satu dengan yang lain..Saya cuba bergaul dengan orang lain tapi kadangkala tu rasa macam tak sanggup. Entahlah, kadangkala terfikir juga kenapa saya ni pasif sangat. Bagi orang yang memang tak kenal saya langsung, inilah ayat yang terlaris yang diungkapkan kepada saya:
  •  Awak ni serius sangat lah
  •  Kenapa muka awak tegang semacam jak??
  • Skemanya awak
  • Ish, minah ni..sombong sangat lah

Tapi tak apa....itu kata mereka...orang yang sememangnya rapat dengan saya tentu kenal hati dan budi saya kan....Macam nak meluahkan perasaan lah pulak tapi realitinya saya memang setuju sangat dengan ayat ni, 'Dont Judge A Book By Its Cover'




     Syukurlah Allah SWT kurniakan kawan-kawan yang ikhlas nak jalinkan hubungan persahabatan dengan saya. Terima kasih rakan-rakanku, saya sayang korang semua.

Oh kawan-kawanku :)


Baiklah, nak undur diri dulu. Kalau ada tersilap bahasa tolong maafkan ya..Biasalah kita ni insan biasa yang kerap alpa.Sebarang komen ataupun nasihat untuk penambahbaikan blog ni sangatlah dialu-alukan.Sampai sini sahaja, Salam......

4 comments:

Sera Salleh said...

laa mung ni.. buat blog x khabar.. hehe XD
aku follow ko era.. follow la aku balik.. hehe ^^
berusaha la dlm dunia blogger hingga ke negara jepun.. hehe XD

ShemaSinbei said...

wahh! era ada blog tak kobar kat kite XDD
kecik hati kite dee~ hihih . era, aku suka gambo kat bwh tu sebab aku yg ambik ! hihihih ;)
follow aku balik oke ;))

Fazirah Khan said...

haha..grandma...thanks for the support ^ ^
cucu mu ni dah follow blog grandma Yong..

Fazirah Khan said...

hehe..sorri sinbei..aku bru jak buat,aku dah follow kmu semua:)
Yg gambar tu memang 'Terbaik!!!'

Post a Comment