Pages

Wednesday 11 April 2012

Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian3)

Assalamulaikum semua...

Pejam celik, pejam celik dah masuk bahagian 3....Tu lah..saya dah cakap... cerita pengembaraan saya nak masuk TV ni memang panjang....

Baiklah, berbalik kepada cerita saya ni, kami sekeluarga pun tunggu lah kat luar bilik audition tu.Tahu, tak...waktu kami sampai kat tempat tu pihak penganjur belum ada. Jadi, terpaksalah kami menunggu selama dua jam ...Bayangkanlah kebosanan yang saya hadapi selama 2 jam tersebut... O.o

Haaaa...nampak..lebih kurang macam tu lah muka saya sebenarnya..hehe..Dan tidak lama kemudian, datanglah sekumpulan krew-krew penerbitan dengan segala perkakasan rakaman..Oh ya, ujibakat kali ni dirakam tau...hehehe..Tapi, yang paling menggentarkan saya ialah barisan 'Proffesor' dan juga merangkap juri bagi ujibakat ni....Bukan calang-calang tau juri audition ni..Mereka ni memang pakar dalam sejarah..Sesiapa yang berani menyimpangkan fakta Sejarah..Siaplah...Napa??? Takut???...Hehe..saya lagi takut...Sebab kalau saya nervous, datanglah segala macam imginasi tu..huhu

Waktu krew penerbitan tu tiba, barulah datang segerombolan peserta ujibakat ni. Sewaktu kami sampai kat sini tak nampak pula dorang semua...Hmmm...Tambahlah menggeletar segala jiwa dan raga saya. Ya Allah.....Berikanlah kekuatan hamba-Mu ini......Mana taknya,saya sorang sahaja peserta paling muda dan yang lain tu semuanya siswa dan siswi yang sememangnya kepakaran dorang ialah Sejarah....Bayangkan..


Hehe...taklah seindah imaginasi SpongeBob..Malahan...Menyeramkan....Rasa nak menangis lagi..Tapi, Tahan....Jangan sampai terlepas..kami dah datang sejauh ni, takkan lepaskan peluang begitu sahaja..Bak kata orang melayu 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'..Sepanjang hari tu, benda tu sahaja bermain kat fikiran saya...Dan terima kasih juga buat rakan-rakan yg sms tak henti-henti..Korang memang 'terbaik'....sanggup buang duit untuk berikan sokongan untuk rakan korang ni...TERHARU......

Dan mulalah saat perjuangan..Sebelum tu, saya nak cerita sikit pasal format ujibakat tu.Peringkat pertama ialah ujian objektif,ala-ala jawab SPM gitu..soalan dia boleh tahan juga sebab tak keluar waktu SPM tahun tu...hehehe..Jadi,inisiatif yang saya ambil...TEMBAK SAHAJA, ^ ^

Oh ya, waktu ujian tu saya orang terakhir keluar dari bilik tu sebab saya memang tak pasti dengan jawapan yang saya berikan...Sesiapa yang 'top20' akan layak untuk ujibakat peringkat 2...

Korang nak tahu  kalau saya layak ataupun tidak???

Nantikan..Kisah selanjutnya, di Masuk TV???? HeHeHe (Bahagian 4)

Sehingga berjumpa lagi...
Salam ^ ^

2 comments:

tulip merah said...

salam.tq follow my blog.ur blog very nice. i like it.

Fazirah Khan said...

Wasalam... terima kasih jga sbb follow balik blog saya...dan tengkiu sesangat sebab puji blog budak hingusan macam saya ni....

ENJOY ^ ^

Post a Comment